UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :DS Asia
Main Author :Rahmat Damiri
Additional Authors :Norazlina Mohd Kiram
Title :Susur Rawai Dessit Duano dalam seni Dangkong
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2021
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Dessit Duano atau orang Duano merupakan satu kelompok orang Asli yang ada di Malaysia. Mereka merupakan sebahagian daripada orang Kuala yang tinggal di kuala sungai atau persisiran pantai. Dangkong ialah seni warisan turun temurun yang mengandungi pelbagai tarian atau susur rawai. Kajian ini dijalankan bagi membincangkan ragam Tarian Susur Rawai dessit Duano di Johor dan makna tersirat pergerakan ragam tersebut. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah lapangan serta temu bual. Kajian dijalankan di Kampung Kuala Benut, Benut Pontian, Johor dan melibatkan empat orang informan yang terdiri daripada ketua masyarakat dan penggiat seni Dangkong. Temu bual difokuskan kepada lima ragam dalam Tarian Susur Rawai dessit Duano, iaitu mendayung, mengemudi, membuang air, menarik rawai dan menanggal rawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ragam Tarian Susur Rawai dessit Duano dalam seni Dangkong bukan sekadar tarian, tetapi berkait rapat dengan kehidupan seharian, mempunyai nilai estetika yang tinggi dan lambang identiti masyarakat.

References

Amri Ahmad. (2020). Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (masyarakat orang Duano), Benut, Pontian, Johor. Temu bual, 12-13 Julai 2020.

Anastasia Wiwik Swastiwi dan Hanafi Hussin. (2007). Joget Dangkung dan Perkembangannya di Kepulauan Riau Sejak 1913 hingga Alaf Baru. Jurnal JATI (12): 211-228.

Asrif. (2013). Kesusastraan Buton Abad XIX: Kontestasi Sastra Lisan dan Tulis, Budaya dan Agama. Jurnal Sawerigading (19): 471-484.

Hafizah Hussain. (2020). Penggiat Dangkong Muda (masyarakat orang Duano), Benut, Pontian, Johor. Temu bual, 12-13 Julai 2020.

Mohamad Maulana Magiman dan Othman Yatim. (2012). Simbol dalam Makan Tahun Masyarakat Kadayan, Sarawak. Jurnal Melayu (9): 259-287.

Mohd. Anis Md. Nor. (1990). The Zapin Melayu Dance of Johor: From Village to a National Performance Tradition. Doctoral Dissertation. The University of Michigan.

Rahmah Abu Bakar. (2020). Penggiat Dangkong Tua (masyarakat orang Duano), Benut, Pontian, Johor. Temu bual, 12-13 Julai 2020.

Samad Ab Hamid. (2020). Ketua Masyarakat (masyarakat orang Duano), Benut, Pontian, Johor. Temu bual, 12-13 Julai 2020.

Syaifuddin Hj. Wan Mahzim. (2005). Mantera dan Upacara Ritual Masyarakat Melayu Pesisir Timur di Sumatera Utara: Kajian Tentang Fungsi dan Nilai-Nilai Budaya. Tesis PhD. Universiti Sains Malaysia.

Yoan S Nugraha. (2017). Menyimbak Mendung Joged Dangkung. Redaksi jantung melayu. Dimuat naik daripada https://jantungmelayu.com/2017/01/ menyibak-mendung-joged-dangkung/

Yuszaidy Mohd Yusoff, Mohamad Nazri Ahmad dan Mohamed Anwar Omar Din. (2009). Laporan Kajian Warisan Orang Kuala: Kajian Kes di Batu Pahat dan Pontian, Johor. Jurnal Melayu (4): 143-160.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)